Sejarah Sekolah


    

       Sekolah Kebangsaan Keruak diasaskan oleh En.Mohd Noor Deraman iaitu Ketua kampung pertama kampung keruak.Beliau seorang tokoh yang berpandangan jauh telah berjaya mendapat persetujuan kerajaan untuk membina sebuah sekolah melayu.Kerajaan sedia menyediakan guru dan orang kampung pula bersetuju menyediakan bangunan.

     En Mohd Noor bergotong royong membina bangunan sekolah dengan menggunakan bahan yang diambil dari hutan berdekatan.

     Persekolah pertama dimulakan pada tahun 1957.Guru Besar pertama ialah En Abdul Rahman Awang.Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 40 orang yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.Sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH RAKYAT.

     Tapak sekolah yang asal ialah ditebing sebelah kanan kanan sekolah sungai kemia.Pada tahun 1965 bangunan baru telah dibina di tapak baru yang ada sekarang iaitu di kampung Belao.
    
    Bilangan murid telah bertambah dari tahun ke tahun.Pada tahun 1988 murid berjumlah 298 orang dengan guru seramai 15 iorang.Pada tahun 1990 murid telah meningkat kepada 348 orang dan guru seramai 21 orang.Bilangan murid telah meningkat dari setahun ke setahun.
   
      Selaras dengan perkembangan bilangan murid,bilangan bilik darjah di tambah oleh kerajaan dari semasa ke semasa.Kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air paip dan kemudahan pembelajaran di pertingkatkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

       Sekolah Kebangsaan Keruak sehingga 1994 telah menunjukan mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.Sokongan dan kerjasama ibu bapa sejak awal mantap dan ketara terutama setelah diwujudkan Persatuan IbuBapa dan Guru(PIBG)sekolah.

        Pada tahun 2011,sekolah Kebangsaan Keruak telah mempunyai seramai 358 orang pelajar termasuk Pra-Sekolah.Staff sekolah adalah seramai 31 orang guru dan seramai 8 orang staff sokongan.Sekarang Sek Keb Keruak mempunyai kemudahan seperti surau,asrama desa serta bangunan baru yang dalam peringkat 50% untuk disiapkan.


           Senarai Guru Besar yang telah mentadbir Sek Keb Keruak:
             1.Abdul Rahman bin Awang(1956-1957)
             2.Muhammad bin Yusof(1957-1966)
             3.Abdul Rahman bin Aawang Senik(1972-1978)
             4.Muda bin Yusof(1969-1971)
             5.Yusof bin Awang Kechik(1972-1978)
             6.Muda bin Mat Zin(1978-19884)
             7.Samad bin Idris(1984-1987)
             8.Abdullah bin Ibrahim(1988-1995)
             9.Azmi bin Yaakob(1995-1998)
            10.Isa bin Mohammad(1998-2003)
            11.Md.Burhanuddin bin Md. Nawi(2004-2007)
            12.Adnan bin Hussin(2008-Sekarang)